Klik Disini Untuk WhatsApp 0174167399

12 Cara Kurus Cepat & Berkesan Dalam 20 Hari

ditulis oleh Asha Rabu, 13 April 2016

Jika anda rasa mempunyai berat badan yang berlebihan, JANGAN risau. Mulakan pelan diet yang seimbang, anda akan TERKEJUT hasilnya nanti.

Tips ini boleh diikuti jika anda sedang mengambil sebarang produk kurus (slimming).

Cara Kurus Cepat & Berkesan
1

Makan makanan seimbang yang terdiri daripada semua 5 kumpulan makanan utama. Iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

2

Sentiasa makan dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh makan separuh dari makanan, separuh lagi disimpan untuk dimakan bila lapar nanti.

3

Jangan minum air semasa makan. Anda boleh minum air selepas 40 minit kemudiannya. Ini memudahkan perutnya mencernakan makanan yang anda makan tadi dengan sempurna.

4

Biasakan diri anda makan makanan separa cecair contohnya soup, dal, sambar dan sebagainya.

5

Jangan bercakap semasa makan. Pastikan anda mengunyah makanan lebih lama dalam mulut sebelum telan.

6

Pastikan anda sarapan setiap pagi. Ini dapat mengurangkan kuantiti makanan diambil waktu tengah hari.

7

Kurangkan makanan dan minuman manis, terutamanya minuman berkarbonat. Gula yang berlebihan disimpan sebagai lemak dalam badan anda.

8

Biasakan diri anda tidak ambil sebarang makanan selepas 7 atau 8 malam. Perut anda perlukan masa untuk proses percernaan sebelum tidur.

9

Pilih makanan semula jadi dan organik. Kurangkan makanan ringan seperti makanan goreng, makanan tin diproses, snek. Biasanya makanan tersebut mempunyai kandungan gula & garam tinggi.

10

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk menyingkirkan toksin dari badan. Minum segelas air suam sebaik saja bangun.

11

Digalakkan minum minuman detox 2 kali seminggu. Minuman detox dapat membersihkan usus badan supaya badan dapat menerima khasiat yang secukupnya.

12

Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Ia dapat menyingkirkan toksin melalui peluh dan meningkatkan peredaran darah.

Anda boleh amalkan salah satu tips di atas sepanjang seminggu dan diikuti dengan tip yang seterusnya.

PERCAYA pada diri sendiri dan FOKUS pada plan kurus anda setiap hari.

Jika anda ada tip atau cadangan lain yang ingin dikongsi, sila komen di bawah.

Mengenai SofiBeauty

SofiBeauty menyediakan Tips Kecantikan & Produck Kecantikan Wajah, Badan (Skincare) & Pelangsing Badan (Slimming). Kami beroperasi di Malaysia dari tahun 2012 & menjual produk kecantikan yang original, lulus KKM & halal sahaja.

© 2015-2016 by SofiBeauty

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini.